Tuesday 29 April 2014

tips vitaminda

Salam pembuka bicara..

Vitamin? Rasa-rasanya kita ni sebenarnya tahu ke apa fungsi vitamin untuk tubuh badan kita.. Setiap sistem tubuh badan kita memerlukan vitamin untuk meneruskan segala tugasan harian kita. Bukan untuk kita dewasa sahaja malah anak2 kita pun memerlukan vitamin.

Situasi yg memungkinkan seseorang tu mungkin menyebabkan seseorang itu menghadapi masalah kekurangan vitamin:-
  • Mereka yg mengalami tekanan dan sibuk bekerja ( shift @ kerja yang x tentu masa), sering mengamalkan diet atau mengabaikan  waktu makan atau yg suka hidup dgn makanan segara.
  • Wanita hamil ( peringkat ini byk vitamin dan nutrien akan diserap dr badan ibu utk memastikan perkembangan fetus dpt diteruskan).
  • Mereka yg alah kepada sesuatu kumpulan makanan ( cthnya laktosa, protein).
  • Mereka yg mengamalkan vegetarian diet akan mengalami kekurangan vitamin B.
  • Mereka yg merokok dan mengambil minuman keras secara berlebihan.
  • Wanita yg mengalami menopaus.
  • Orang tua (selalunya mereka akan mengalami kurang selera makan yg akan menyebabkan kurang vitamin dlm badan).
  • Mereka yg dalam proses penyembuhan dr penyakit atau selepas melakukan pembedahan.
  • Anak2 dan remaja yg sibuk dengan tekanan peperiksaaan dan aktiviti sukan juga perlukan pemakanan tambahan.Kalsium ,vit B dan mineral tambahan dapat membantu menyediakan asas yg baik utk tulang dan perkembangan otak yg baik.
Vitamin adalah bahan2 organik yg dapat membantu mengawal reaksi biokimia dalam badan kita. Ahli sains telah menjumpai 13 jenis bhn organik, dimana setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Vitamin2 ini dibahagikan kepada dua kumpulan:-
  1. Vitamin yg larut dlm air seperti vitamin B dan C. Vitamin2 ini larut dalam air dan dikeluarkan daripada badan melalui air kencing. Oleh itu vitamin2 ini perlu diambil setiap hari.
  2. Vitamin yg larut dalam lemak seperti vitamin A, D, E dan K. Vitamin2 ini larut dalam lemak, oleh itu ia boleh disimpan dalam badan dalam jangka masa yang panjang.
Untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan, kita haruslah mengekalkan pemakanan yg sihat dan seimbang dengan memakan pelbagai jenis makanan berkhasiat yg dapat membekalkan badan kita dengan cukup vitamin dan mineral yg deperlukan. Vitamin tambahan tidak harus dijadikan pengganti bagi makanan berkhasiat seperti buah-buahan da sayur-sayruan. Walau bagaimanapun mungkin ada diantara kita yang melalui waktu yg sukar dan tertekan dalam hidup mereka atau mungkin menghadapi masalah kekurangan vitamin dan memerlukan sedikit bantuan untuk mendapatkan jumlah vitamin yg mencukupi. Dalam hal ini pemakanan tambahan adalah amat digalakkan.